Jenayah

Rasuah : Bekas KSU Kementerian, Anak Mengaku Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR – Bekas ketua setiausaha sebuah kementerian bersama anak lelakinya mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan menerima suapan melibatkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di empat buah pulau di Sandakan, Sabah tahun lepas.

Datuk Mohd Arif Ab Rahman, 60 dan anaknya Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, membuat pengakuan tidak bersalah itu dihadapan hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan Mohd Arif yang ketika itu merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah didakwa bersubahat dengan anaknya secara rasuah menerima suapan wang tunai RM550,000 daripada Pengarah Syarikat Wazlina Sdn Bhd, Mohd Safian Mohd Salleh sebagai upah melakukan suatu transaksi projek dengan kementerian berkenaan.

Sinar Harian melaporkan, transaksi itu melibatkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) sistem solar hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan, Sabah secara rundingan terus bernilai RM56, 500, 000 kepada Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd .

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club,Jalan Cenderamulia, 23 Ogos tahu lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di baca bersama Seksyen 28 (1)(c) akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh itu diikat jamin RM200,000 setiap seorang dan menetapkan 20 Mac sebagai sebutan semula kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");