Membawang Hari Ini

Ruhainies tak peduli

Kuala Lumpur: Pelakon Ruhainies enggan ambil peduli berkaitan komen negatif pengguna laman sosial mengenai video dia mencium dan memeluk mesra adik lelakinya Nul Aiman yang mulai tular di Internet sejak minggu lalu.

Memetik sumber Harian Metro, Ruhainies berkata, dia dan adik lelaki bongsu berusia 16 tahun itu memang rapat.

“Bagi saya video yang dimuat naik itu tak ada apa yang salah. Semua yang mengenali saya tahu saya memang rapat dengan keluarga. Namun, apabila ada yang berpandangan negatif, bagi saya ia memang tak patut.

“Apatah lagi hingga mengeluarkan kenyataan yang tak sepatutnya seperti sumbang mahram. Kalau betul tak sukakan saya, lebih baik diam. Video itu tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak pun,” katanya.

Ruhainies yang juga pelakon drama Jejak Karmila berkata, dia tidak menyesal kerana memuat naik video itu.

Baginya, orang lain yang rapat dengan adik-beradik juga akan melakukan perkara sama.

“Mungkin disebabkan saya selebriti, perkara ini dipandang serius. Pada masa sama saya bersyukur apabila lebih ramai peminat yang membela dan memberi maklum balas positif. Niat saya baik dan tak terfikir pun video itu mendatangkan pertikaian banyak pihak,” katanya.

Runainies juga memaklumkan adik lelakinya juga tidak ambil kisah mengenai perkara itu kerana menganggap ia perkara biasa.

Video yang dimuat naik di laman Instagram milik Ruhainies itu memaparkan adik lelakinya mencium pipi sambil memeluk Ruhainies.

Ia dirakam ketika Ruhainies menghantar adik dan keluarganya menunaikan umrah, baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");