Jenayah

Samun Warga Asing, Dua Lelaki Ditahan

JOHOR BAHRU : Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana melakukan samun ke atas seorang warga asing di sebuah pusat membeli-belah di Skudai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya turut merampas hasil samun serta senjata digunakan suspek untuk mencederakan mangsa.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berseorangan di tangga pusat membeli-belah terbabit dan kemudiannya didatangi dua lelaki warga tempatan yang kemudiannya mencekiknya.

“Selepas itu mereka telah menarik mangsa ke tepi pintu dan salah seorang daripada dua suspek telah mengambil beg duit pengadu dan mengeluarkan duit sebanyak RM60.

“Seorang lagi suspek telah mengeluarkan parang seterusnya menetak mangsa pada beberapa bahagian anggota badan sehingga mangsa berteriak kerana kesakitan.

“Polis yang berada berdekatan lokasi kejadian segera bertindak dan berjaya berjaya menangkap suspek bersama barang kes iaitu parang dan wang tunai yang telah dilarikan,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Mohd Taib berkata, mangsa yang merupakan warga Vietnam dan cedera di bahagian kepala serta jari akibat ditetak oleh suspek berusia masing-masing 23 dan 28 tahun, telah mendapatkan rawatan di hospital.

Katanya, hasil semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes jenayah dan narkotik.

“Kedua-dua suspek telah dibuat ujian saringan air kencing dan kedua-duanya negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Mereka direman bermula hari ini selama tujuh hari untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");