Perak Hari Ini

Segera Bayaran Pampasan – Zambry

IPOH : Syarikat pengendali laluan landasan keretapi berkembar di daerah Kerian dinasihatkan agar menyegerakan bayaran pampasan kepada keluarga yang terlibat dalam projek tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau difahamkan terdapat satu pihak telah tampil membuat rayuan mengemukakan kepada syarikat yang mengendalikan projek berkenaan supaya menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

“Saya difahamkan, syarikat yang membina landasan ini bahawa mereka akan membayar setelah semua pihak bersetuju terlebih dahulu dengan jumlah yang diberikan.

“Ada 63 keluarga terlibat dan setakat ini, hanya 58 keluarga yang bersetuju dengan pampasan yang dibuat kepada mereka manakala lima keluarga lagi enggan bersetuju dengan kadar pampasan tersebut.

“Bagi keluarga yang dah bersetuju iaitu 58 keluarga ini, sepatutnya pihak syarikat perlu membayar terlebih dahulu. Lima keluarga lain, kemudianlah,”katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, hari ini.

Ujarnya, sekiranya syarikat tersebut tidak membayar kepada keluarga tersebut, ianya akan menyulitkan lagi proses dan akan menyebabkan mereka ini akan bertindak sebaliknya jika sudah hilang kesabaran.

Tambah Zambry beliau turut dimaklumkan bahawa jumlah yang tersebut hanya sekitar RM200,000.

“Sudah dua tahun bayaran ini belum dibuat dan landasan tersebut sudah siap malah sudah digunakan,”ujarnya.

Zambry berkata lagi, beliau sudah memaklumkan kepada pihak syarikat pengendali tersebut untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan masalah rakyat.

“Masalah ini tidak sepatutnya dijadikan maslah kerana ia melibatkan bayaran pampasan dan syarikat tersebut sepatutnya menyelesaikan masalah-masalah seperti ini.

“Jadi, saya ingin menyeru kepada syarikat pengendali ini supaya dapat menyegerakan bayaran pampasan kepada mereka yang terlibat dan masih belum dibayar,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");