Sukan Hari Ini

Acong Intai Ruang Sarung Jersi Negara

MELAKA:Penjaring gol pertama Melaka United (MU) di Liga Super musim ini, Khairu Azrin Khazali atau Acong kini mula mengintai ruang untuk membarisi skuad Malaysia walaupun masih dianggap mentah di pentas antarabangsa.

Pemain tengah berusia 26 tahun ini dilihat berpotensi untuk diberi peluang menyertai skuad negara kerana gaya permainannya yang kreatif, pantas dan keras melakukan asakan serta bijak merencana persembahan terbaik di posisi terbabit.

Selepas lapan tahun beraksi bersama PKNS dan kini beralih arah bersama MU, Khairu Azrin mengakui pengalaman itu mematangkan gaya permainannya dalam membantu pasukan menempa kejayaan.

Antara kejayaannya termasuk membawa PKNS ke pentas final Piala FA 2016 dan sejak itu, semangatnya terus membara untuk menarik perhatian jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee.

“Masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memantapkan sentuhan jika mahu beraksi di pentas antarabangsa termasuk keupayaan bersaing dengan lawan lebih matang.

“Sebagai pemain sememangnya saya sentiasa bercita-cita untuk beraksi mewakili negara.

“Namun kalau tiada rezeki, saya akur namun akan tetap berusaha memberikan yang terbaik,” kata memetik sumber Berita harian.

Anak kelahiran Selangor itu mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada pasukan MU di pentas liga Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");