Membawang Hari Ini

Sherry Teliti Pilih Naskhah Sesuai Dengan Imej

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Sherry Ibrahim, mengakui kini lebih berhati-hati dalam memilih naskhah untuk dijayakan bagi memastikan watak yang dilakonkan bersesuaian dengan imejnya yang kini berhijab.

Sherry atau nama penuhnya, Syarizad Ibrahim, 34, mengaku semakin teliti mencari naskhah bagi memastikan tiada masalah timbul ketika menjalin kerjasama kerana perlu menjaga batas selepas berhijrah.

“Saya bukan memilih, sebaliknya hanya menerima tawaran yang bersesuaian dengan imej bertudung. Bagi mengelakkan salah faham, lebih baik saya dan produksi berbincang dan mencapai kata persetujuan sebelum ke lokasi penggambaran.

“Disebabkan itu, saya memilih untuk memberi fokus kepada bidang perniagaan kerana beberapa tawaran sebelum ini kurang bersesuaian dengan saya. Saya perlu lebih peka bagi memastikan tawaran yang diterima selari dengan imej saya.

“Ketika ini, saya lebih selesa turun padang dan merangka sendiri pelan promosi produk keluaran saya iaitu Deeja Cosmetic. Alhamdulillah, kebanyakan pengguna berpuas hati dengan mutu produk ini,” katanya memetik laporan BH Online.

Pada masa sama, Sherry yang kembali popular selepas membintangi drama rantaian, Teduhan Kasih masih dalam rangka promosi single pertamanya, Seikhlas Cinta yang diperkenalkan menerusi laman YouTube sejak 21 November lalu.

Sherry yang meraih tempat kedua dalam program realiti nyanyian, Gempak Superstar bagaimanapun, mengakui sambutan peminat terhadap lagu itu agak perlahan malah masih ramai yang tidak tahu mengenai kehadiran single terbabit.

“Saya tidak tahu mana silapnya apabila kemunculan Seikhlas Cinta kurang disedari peminat. Masih ramai yang tidak tahu mengenainya.

“Berikutan itu setiap kali turun padang untuk memperkenalkan produk, saya ambil kesempatan mempromosikan lagu itu sekali,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");