Panasnya Hari Ini

Tak Perlu Lumba Di Jalan Lagi – Najib

ALOR SETAR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa pembinaan litar lumba bernilai RM30 juta yang bakal dibina di Sungai Petani bakal memberi manfaat khususnya buat golongan muda.

Pengumuman itu dibuatnya ketika menghadiri program Gen Y di Menara Alor Setar pada Ahad memetik laporan Mstar Online.

“Litar lumba itu tentunya memberi manfaat kepada golongan belia, jadi tak perlu lagi mat rempit berlumba di jalan.

“Mereka boleh berlumba di trek yang disediakan,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata, Ketua Menteri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengumumkan lebih terperinci berhubung perkara itu.

Hampir 4,000 belia hadir pada program itu yang menyediakan pelbagai acara termasuk berbasikal sejauh tiga kilometer.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");