Berita Hari Ini

TN50: Cadang 5 Aspek Modal Insan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan bahawa kerajaan mencadangkan lima aspek berkaitan modal insan untuk diketengahkan dalam pembentukan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Jelasnya ia meliputi aspek celik ilmu pengetahuan, keseragaman pengurusan bakat, menjadi pusat kecemerlangan, nilai kemanusiaan dan kematangan berpolitik.

Bagi menjayakan TN50, katanya, negara perlu melakukan pelaburan berkesan bagi melahirkan bakat tempatan yang komprehensif.

“Ketika landskap dunia berubah pantas ke arah modenisasi, rakyat harus diperkasakan dan mampu untuk mengadaptasi keadaan sekeliling.

“Malaysia masih bergelut dalam pembangunan masyarakat celik ilmu pengetahuan. Perlu ingat, ilmu dapat membentuk generasi pemikir kritis dan matang.

“Kita perlu keluar dari kepompong kebiasaan. Kecenderungan ini menyebabkan fikiran rakyat tidak berkembang.

“Kita tidak mahu jadi negara yang gagal. Kerajaan dan pihak berkenaan harus memberi penekanan terhadap perolehan bakat, pengekalan bakat dan pengurusan bakat supaya wujud keseragaman bagi memastikan tiada yang ketinggalan,” katanya.

Reezal Merican yang juga Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara menegaskan sebagai sebuah negara terkenal dalam menerajui industri hab halal antarabangsa dan perbankan Islam, kepakaran ini harus diperluaskan.

“Apabila digembleng ilmu pengetahuan dan pembangunan bakat, potensi dua industri ini boleh diperluaskan dan dinaik taraf menjadi Pusat Kecemerlangan industri hab halal dan perbankan Islam menjelang tahun tahun 2050,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");