Isu Panas

Tun M Bukan Ketua ‘De Facto’ Pembangkang

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad bukan ketua ‘de facto’ pembangkang, tegas Ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind Singh Deo.

“Saya ingin nyatakan secara jelas bahawa tidak ada persetujuan senyap seperti yang didakwa. Tidak pernah ada sesuatu seperti itu dibincangkan atau dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

“Saya hairan mengapa Zaid membuat pengumuman itu sebagai ahli DAP tanpa berunding dengan kepimpinan parti,” katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan pada Jumaat yang memetik bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim bahawa terdapat ‘persetujuan senyap’ dalam pakatan pembangkang bahawa Dr Mahathir merupakan ketua umum pembangkang.

Gobind berkata, Zaid sepatutnya lebih mengetahui bahawa CEC yang membuat keputusan bagi DAP dan tiada pernah ada keputusan dibuat mengenai perkara itu.

Pada Jumaat, Zaid dilaporkan berkata: “Kita sudah ada pemimpin. Ia cuma tidak diperkatakan dan diisytihar. Tetapi Mahathir pemimpin umumnya dan saya gembira.”

Selasa lalu, Zaid menyertai DAP sebagai ahli biasa. Ia merupakan parti politiknya yang keempat selepas Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");