Panasnya Hari Ini

Tun M Ingatkan Proton Jangan Lupakan Vendor

KUALA LUMPUR: Proton Holding diingatkan agar tidak melupakan vendor komponen kenderaan itu sekiranya termeterai sebarang kerjasama di antara rakan kongsi asing.

Pengasas dan bekas penasihat kereta nasional itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan mengabaikan vendor Proton yang sedia ada akan menyebabkan peluang dan ruang syarikat tempatan bersaing semakin sukar.

“Kita takut, vendor kita, pembuat komponen akan hilang peluang untuk terus membekalkan kepada Proton hingga menyebabkan mereka terpaksa tutup.

“kapasiti dan kepentingan dalam kejuruteraan automotif yang dimiliki anak tempatan akan berkurangan,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuad Kenali berkata Proton bakal mengumumkan rakan kongsi strategiknya pada April ini.

Meskipun masih samar lagi siapa rakan kongsi yang akan dipilih, namun banyak pihak membuat spekulasi menyebut syarikat dari China, Geely Automobile Holdings.

Geely turut memiliki Volvo, jenama kereta Sweden, dan disebut-sebut bakal menjadi rakan kongsi strategik Proton.

Selain Geely, pengeluar ke-2 terbesar di Eropah, PSA Group dari Perancis yang menghasilkan kereta Peugeot dan Citroen turut menawarkan diri menjadi rakan kongsi Proton.

Secara pribadi, Dr Mahathir berkata, beliau boleh menerima sebahagian saham Proton dijual, namun membantah jika keseluruhannya dijual kepada syarikat asing.

“Kalau tidak ada jalan lain dan perlu untuk jual sebahagian Proton, baiklah. Kita boleh terima, tetapi janganlah sehingga kita hilang langsung Proton.

“Proton adalah kereta nasional, kalau beri kepada syarikat lain dan menggunakan kemudahan Proton untuk mengeluarkan kereta mereka, kita akan tanggung kerugian,” katanya.

Geely merupakan perusahaan automotif swasta pertama dan terbesar di China, berpusat di Taizhou, Zhejiang.

Pada 2009, ia membuat kejutan dengan membeli Volvo daripada Ford Motors pada harga AS$1.3 bilion (RM5.7 bilion).

Geely dikatakan menjadi jenama kereta paling laris di China beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi setelah mengadakan kerjasama dengan Volvo.

Tahun lalu, jumlah pengeluaran kereta Geely dan Volvo mencecah sejuta unit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");