Membawang Hari Ini

Usia Tidak Penting Untuk Jadi Kekasih Jlo

PENYANYI Jennifer Lopez menjelaskan bahawa dia tidak pernah menjadikan usia seseorang sebagai perkara penting untuk menjadi kekasihnya.

Biarpun sering dikhabarkan bercinta dengan lelaki muda, penyanyi ini berkata, dia memilih lelaki yang boleh memahami dirinya tanpa mengira usia.

“Saya tidak memilih untuk bercinta hanya dengan lelaki muda. Kamu tidak harus lebih muda untuk bercinta dengan saya. Ini bukan soalnya.

“Saya memilih orang yang boleh keluar dan serasi dengan diri saya sahaja. Kalau saya suka pun bukan kerana usianya,” ujar dia yang kini dilaporkan sedang menjalinkan hubungan dengan Drake.

Tambah Jennifer, tuduhan memilih lelaki muda itu terjadi ketika dia bercinta dengan bekas kekasihnya Casper Smart.

“Casper adalah kekasih pertama yang lebih muda dari saya, malangnya saya terus dicop sebagai menyintai lelaki muda,” ujarnya memetik sumber Mstar Online.

Malah jelasnya usia bukan mejadi penghalang baginya untuk mencari pasangan, namun keperibadian dan sikap lelaki yang mampu mencuri perhatiannya adalah keutamaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");