Perak Hari Ini

Zambry Lepas Pelumba LTdL Peringkat Keempat

SERI MANJUNG : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melepaskan 108 pelumba Le Tour De Langkawi (LTdL) peringkat ke-4 yang memulakan kayuhannya sejauh 174.4 kilometer, hari ini.

Pelumba memulakan kayuhan mereka di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung dan akan melalui Ayer Tawar, Bota Kanan, Kampar, Ringlet sebelum tiba di garisan penamat di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Bagi peringkat ini, terdapat tiga zon pecutan iaitu di Ayer Tawar (Kilometer 10.9), Bota Kanan (Kilometer 28.7) dan terakhir di Kampar (Kilometer 97.3).

Selain itu, terdapat dua zon pendakian iaitu di Ringlet dan Tanah Rata sebelum para pelumba dijangka sampai di garisan penamat sekitar jam 2 petang nanti.

Turut hadir pada acara pelepasan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Peringkat ke-5 LTdL akan bermula esok dari Meru Raya, Ipoh dan berakhir di Kuala Kubu Bharu dengan jarak kayuhan sejauh 151.5 kilometer.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");