Membawang Hari Ini

ZIP pinjam aura Jalan Ampas

Meminjam keunikan Studio Jalan Ampas atau Malay Film Productions (MFP) sebagai tema, majalah digital ZIP atau Zon Interaktif Pesona, menggabungkan dua bintang remaja popular, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi sebagai penghias muka depan bagi edisi Februari 2017.

Menariknya, ‘cover video’ yang menjadi identiti utama ZIP itu, menjalani penggambaran di restoran dan galeri seni Sarang Art Hub milik pengarah prolifik, Mamat Khalid, di Tanjung Malim, Perak.

Pemilihan lokasi ini dibuat kerana konsep restoran itu sendiri memaparkan reka bentuk klasik dengan mengabadikan wajah bintang veteran terkenal sebagai hiasan mural selain mempunyai props lama khususnya era sebelum Merdeka.

Bagi mendapatkan ‘feel’ klasik itu, transformasi dilakukan terhadap Aiman dan Sufian melalui kepakaran jurusolek, Schanooladiva dan jurufoto profesional, Nizar Hafiz Mustafa.

Meskipun Aiman, 19, pada mulanya kurang yakin dengan transformasi itu, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu tetap menerima idea ZIP dengan hati terbuka memberikan komitmen terbaik. Sufian yang dikenali menerusi lagu Terakhir pula begitu selesa dan menjiwai karekter lelaki pada zaman itu.

Tidak sekadar solekan, fesyen keduanya diperhebatkan lagi dengan tajaan pakaian daripada Lord’s Tailor yang diperagakan Sufian Suhaimi manakala Aiman Tino pula mengenakan persalinan sut daripada Wardrobe by Mr Stailista.

Drama pendek itu mengisahkan dua sahabat berkongsi kecintaan terhadap muzik lalu menjadikan Sarang Art Hub sebagai lokasi lepak dan pertemuan mereka.

Menyingkap kandungan lain ZIP Februari, antara yang menarik adalah pelancaran KAIN by Rossa, jenama pakaian yang diusahakan penghibur seberang, Datuk Rossa.

Menerusi ruangan video HotKuali, penyanyi Farhan AF4 yang sedang hamil tujuh bulan sudi berkongsi menu istimewa bergelar Butter Prawn Basah Berkuah.

Segmen pereka fesyen iaitu FashionYoda menampilkan Shomir Izwa yang memperkatakan mengenai rekaan terbarunya, The Life of Yoko Ono yang diilhamkan daripada figura balu mendiang legenda John Lennon.

Paparan menarik lain termasuk sukan memanah bersama pelakon Sari Yanti, destinasi percutian Maldives, teknik solekan mata dan sekitar final Miss Universe 2016 yang baru berlangsung di Manila.

Bagi kaki wayang pula, ZIP menampilkan beberapa ‘trailer’ filem terbaru yang akan muncul di pawagam bulan ini seperti Rings, John Wick: Chapter 2 dan A Cure For Wellness.

Sejak muncul di pasaran digital pada Mac 2015, ZIP menampilkan ramai selebriti popular sebagai penghias muka depan, antaranya Nora Danish, Neelofa, Fathia Latiff, Nabila Huda, Maya Karin, Shukri Yahya, Datuk Siti Nurhaliza, Awie & Fara Fauzana, Ayda Jebat, Nicholas Saputra, Kaka Azraff dan Janna Nick. Semua beraksi dengan hebat dalam video masing-masing.

Apa yang jelas, ZIP edisi Januari lalu menggabungkan penggiat makyung Rosnan Rahman dan pelakon Nadia Brian begitu mendapat perhatian ramai.

ZIP juga cemerlang kerana berjaya meraih pingat gangsa dalam Asian Digital Media Awards 2016 yang berlangsung di Singapura, November lalu bagi kategori Tablet Terbaik. Ia anjuran Persatuan Penerbit Akhbar & Berita Sedunia (WAN-IFRA).

Cara memuat turun ZIP sangat mudah iaitu dengan menaip ‘Zon Interaktif Pesona’ daripada AppStore atau Google Play Store pada semua alat peranti serta telefon pintar. Ia percuma dan boleh dimuat turun semua edisi pada bila-bila masa.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");