Sukan Hari Ini

2 gol Ronaldo bantu Portugal atasi Hungary

LISBON: Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol ketika memimpin Portugal mengatasi Hungary 3-0 pada saingan kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.

Ia menjadikan jumlah jaringan antarabangsa Ronaldo meningkat kepada 70 gol.

Kapten Portugal itu menjaringkan gol dalam jarak 25 meter selepas menerima hantaran ke belakang oleh Andre Silva dan meledak sepakan percuma jarak jauh pada babak kedua.

Silva membuka jaringan daripada pergerakan yang turut disertai Ronaldo.

Kemenangan itu meletakkan juara Eropah berkenaan berada tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan B, Switzerland.

Hungary berada di kedudukan ketiga dengan tujuh mata dan hanya memiliki peluang kecil untuk penampilan pertama di Piala Dunia sejak 1986.

Portugal hampir tersingkir pada peringkat kumpulan Euro 2016 di tangan Hungary, namun bangkit untuk kedudukan seri 3-3. – REUTERS

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");