Berita Hari Ini

Pembunuhan Jong Nam: Kerajaan bakal buat keputusan dalam masa terdekat

BANGI: Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung penyelesaian kes pembunuhan Kim Jong Nam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Wisma Putra dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak termasuk Korea Utara dalam menyelesaikan kes tersebut.

“Apa sahaja keputusan daripada Kerajaan, ia adalah hasil perbincangan melibatkan Kementerian Luar dan JPM serta pelbagai pihak termasuk Kerajaan Korea Utara.

“Saya dimaklumkan mereka telah buat keputusan dan Kementerian Kesihatan akan mengikuti sebarang keputusan yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pecah tanah tapak bangunan baharu SJK(T) Bangi di sini hari ini.

Tambahnya, Kerajaan telah beri masa dan peluang kepada waris untuk menuntut jasad mangsa, namun mereka masih tidak hadir.

“Kami telah beri waris banyak peluang, tapi mereka tidak muncul Kami telah buat keputusan kami. Hingga kini, belum ada waris yang datang,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");