Jenayah

Akibat Mabuk, Lelaki Terbabas Rempuh Penghadang Jalan

Seorang lelaki terbabas selepas kenderaannya merempuh penghadang jalan di KM32.4 di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini.

Beliau yang dipercayai memandu ketika mabuk itu bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan walaupun keretanya remuk teruk akibat kemalangan itu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, lelaki itu gagal mengawal kereta yang dipandunya apabila ia menghentam penghadang jalan dan merempuh dua lagi kereta yang melalui kawasan itu.

Susulan daripada itu, sepasukan 11 anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.20 malam, Khamis.

“Dua kereta yang terbabit dalam pelanggaran itu juga rosak, bagaimanapun pemandu dan penumpang tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata, lelaki yang sendirian dalam kereta itu dalam perjalanan dari Subang ke Shah Alam ketika terlibat dalam kemalangan itu.

“Besar kemungkinan lelaki itu dibawah pengaruh alkohol,” kata Azmel ketika dihubungi.

Lelaki terlibat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");