Berita Hari Ini

KJ Target Sekurang-Kurang 51% Undi Pada PRU Akan Datang

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) perlu meraih sekurang-kurangnya 51 peratus undi popular di samping undi elektoral pada PRU14 akan datang.

Jelas beliau, usaha berterusan untuk merialisasikan hasrat itu adalah perlu bagi memboleh BN terus mentadbir negara dengan mandat kukuh.

“Kita tidak mahu wujud pertikaian di Dewan Rakyat berhubung parti mana yang lebih layak menubuhkan kerajaan sekaligus memerintah negara.

“Kita semua tahu sistem demokrasi negara adalah parti yang mempunyai majoriti kerusi di Dewan Rakyat (Parlimen), mereka boleh tubuhkan kerajaan (Persekutuan).

“Tetapi bagi saya, selain undi majoriti (elektoral), BN juga mahu kejar undi popular kerana tidak mahu nanti ada pertikaian kepada kemenangan itu… jadi bagi saya sekiranya BN mendapat 51 peratus undi popular itu bermakna kita sudah menang,” katanya.

Dalam pada, Khairy turut mengingatkan jentera pilihan raya Umno Kapar supaya mempunyai semangat ‘winning mentality’ dalam diri masing-masing sebagai teras untuk merampas semula empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Parlimen Kapar pada PRU14.

Empat Dun itu ialah Sementa, Selat Klang, Sungai Pinang dan Meru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");