Berita Hari Ini

APMM sambut baik hasrat tiga mangsa culik

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyambut baik hasrat tiga individu mangsa culik Bot Tunda Serudoing Tiga oleh kumpulan Abu Sayyaf yang telah dibebaskan pada Khamis, yang menyatakan hasrat untuk menyertai APMM dalam sidang media semalam.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata segala kepentingan mereka bertiga itu – Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil, 24 dan Mohd Ridzuan Ismail, 33 – akan diberi keutamaan APMM.

“Pengambilan tiga individu ini boleh dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

“Atau kemasukan menerusi Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) melalui kerahan,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Tambahnya pengambilan ketiga-tiga individu terbabit ke dalam agemsi itu dilihat akan memberi kelebihan kerana mereka mempunyai kepakaran dalam ilmu kelautan, mahir kawasan perairan Sabah Timur dan mahir berkomunikasi dalam dialek tempatan.

“Saya percaya mereka ini dapat memberi sumbangan yang amat besar dalam operasi penguatkuasaan maritim dan dalam aspek-aspek tertentu,” katanya.

Mengulas kejadian tersebut, Ahmad Fuzi berkata Maritim Malaysia akan memastikan tindakan susulan dibuat segera dan mengikut prosedur sedia ada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");