Berita Hari Ini

Bekas Presiden Indonesia Puji Usaha Malaysia Tangani Jenayah Seksual Kanak-Kanak

Bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tegas dalam menangani masalah jenayah sosial melibatkan kanak-kanak.

Beliau, dalam masa yang sama turut memuji inisiatif Malaysia dalam mempelbagaikan usaha untuk mendalami undang-undang bagi mencegah jenayah berkenaan

Megawati yang berada di negara ini bagi menghadiri Seminar Kebangsaan Jenayah Seksual Kanak Kanak: Hentikan!!! berkata, berkata program itu, yang diilhamkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, diadakan tepat pada masanya memandangkan masalah itu kini membelenggu dunia.

“Dalam ucap tama saya (pada persidangan itu), saya akan menekankan bahawa banyak undang-undang yang telah digubal Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan sebagainya, namun apa yang lebih penting adalah pelaksanaannya,” kata beliau.

Majlis makan malam itu dihoskan Rosmah bagi meraikan ketibaaan Presiden Indonesia kelima itu ke Malaysia.

Sementara itu, Rosmah yang juga Penaung PERMATA berkata kehadiran Megawati pada persidangan itu adalah titik permulaan kerjasama wanita Malaysia dan Indonesia dalam menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan lebih erat lagi selepas ini…ini baru permulaannya,” kata Rosmah.

Megawati dijadual menyampaikan perutusan khas bertajuk ‘Kerjasama ASEAN dalam Membanteras Jenayah Seksual Kanak-kanak’ pada persidangan itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur Selasa ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");