shadow

Membebaskan etnik Rohingya daripada kekejaman merupakan tanggungjawab umat Islam secara keseluruhannya. Konsep persaudaraan dalam silam itu amat luas pengertiannya dan sikap ambil peduli terhadap etnik Rohingya amat tinggi nilainya.

Persaudaraan islam yang berintikan hubungan kerohanian menolak tepi keterbatasan geografi antara kita. Keganasan terhadap wanita dan etnik rohingya terjadi lebih daripada jangkaan asalnya. Seluruh dunia meratapi nasib yang menimpa masyarakat Rohingya. Dan seluruh dunia sentiasa mendesak kerajaan Myanmar agar bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Namun hingga kini, sepertinya kekejaman yang berlaku masih tiada pengakhiran.

Walaupun gesaan dari pelbagai pihak telah dibuat supaya kerajaan Myanmar membenarkan siasatan dijalankan dengan bebas oleh PBB namun pencabulan terhadap hak asasi manusia termasuk rogol dan serangan seksual kepada wanita serta remaja perempuan masih lagi belum terhenti.

Masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh sahaja dan membiarkan kekejaman terhadap kaum wanita etnik Rohingya berterusan dilakukan tentera Myanmar. Usaha, walaupun sedikit namun asalkan ia dapat meringankan bebanan yang ditanggung masyarakat Rohingya, asalkan penindasan yang dilakukan dikurangkan. Ia seolah-olah memberi seribu rahmat kepada mereka.

Apa yang berlaku terhadap etnik Rohingya, dikalangan wanita, anak-anak kecil mereka merupakan ‘sesuatu yang sukar untuk di­terima’. Saban hari semakin ramai penduduk Rohingya dirogol, dibunuh dan diseksa oleh pihak tentera yang menafikan perkara berkenaan berlaku.

Masyarakat antarabangsa per­lu lebih berwaspada dan memantau keadaan di Myanmar kerana krisis kemanusiaan telah berlarutan. Dan atas sebab itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia.

Namun, kita sebagai umat Islam. Sebagai saudara seIslam dengan etnik Rohingya ini, apa sumbangan yang boleh kita salurkan. Tenaga? Wang? Doa?

Mungkin kita miskin wang akan tetapi kaya dengan masa untuk memanjatkan doa terhadap saudara seIslam. Atau mungkin kita mempunyai tenaga atau kenalan untuk turun padang dan bantu sendiri masyarakat Rohingya. Bantulah selagi yang termampu.

Penindasan yang dilakukan tanpa sedikit pun rasa belas kasihan oleh tentera Myanmar perlu dan wajib mendapat perhatian di Dunia. Tentera Myanmar juga dilaporkan menggunakan pelancar roket serta melepaskan tembakan daripada helikopter untuk membunuh penduduk Rohingya. Ini jelas menunjukkan pihak tentera memang mahu melakukan genosid iaitu pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Rohingya.

Masyarakat antarabangsa juga harus terus memberi sokongan berterusan kepada golongan minoriti ini dan menggesa Myanmar untuk melakukan perubahan dasarnya terhadap golongan Rohingya yang tertindas. Gesaan dan sokongan ini pula harus konsisten dan tidak bermusim agar impaknya lebih besar dan berkesan.

Kerajaan Malaysia juga harus memprotes tindakan kekejaman ini dengan cara menggantung sementara urusan dagangan Malaysia-Myanmar dan menutup kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia juga harus menghantar pasukan bantuan kemanusiaan dengan mendesak kerajaan Myanmar untuk bekerjasama.

Dalam pada itu, masyarakat bukan Islam juga perlu memperjuangkan nasib masyarakat Rohingya. Isu penindasan ke atas wanita dan kanak-kanak sebenarnya melangkaui perbezaan agama, politik mahupun Negara.

Masalah nasib Muslim Rohingya bukan masalah Myanmar sahaja, ianya masalah dunia umat Islam yang bersaudara yang memerlukan perhatian dan tindakan saudara sesama Islam serantau. Marilah kita bersama menyahut cabaran yang memerlukan semangat dan kepimpinan secara Islam yang boleh dicontohi.

 

Komen & Pendapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *