Membawang Hari Ini

FAM sambut baik keputusan AFC

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menghormati keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang menetapkan 8 Jun sebagai tarikh baharu untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia menentang Korea Utara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, selain pindaan tarikh, perpindahan ke vanue lain juga satu keputusan tepat yang telah dibuat AFC.

“Saya sebenarnya dah berbincang dengan Setiausaha AFC, Datuk Windsor Paul John mengenai perkara ini dan tarikh tersebut ialah tarikh yang paling sesuai dan dekat dalam kalendar Fifa.

“Jadi, apa jua keputusan kita kena terima dengan hati terbuka,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Mengulas lanjut, kata Hamidin, pindaan tarikh itu sebenarnya turut memberi peluang kepada skuad negara melakukan persediaan lebih rapi bagi menghadapi Korea Utara.

“Kita sebenarnya mempunyai masa yang lebih panjang untuk berlatih dan dapat mewujudkan lebih keserasian dalam pasukan,” katanya.

Sementara itu, mengenai kemungkinan Liga Malaysia ditunda bagi memberi laluan kepada persediaan skuad kebangsaan pada 8 Jun nanti, Hamidin menjelaskan akan membawa perkara itu kepada Exco baharu FAM nanti.

“Mungkin kita akan membuat latihan lebih awal sebelum 8 Jun itu tetapi segalanya akan diputuskan kemudian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");