Jenayah

Mahkamah Kekal Hukuman Mati Ke Atas Pembunuh Sosilawati

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas tiga tertuduh kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua pekerja ladang membunuh Sosilawati dan tiga pembantunya pada 2010.

Tertuduh keempat, R. Matan pula dibebaskan selepas tiada cukup bukti untuk disabitkan kesalahan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mei 2013 menjatuhkan hukuman mati ke atas N. Pathmanabhan, T. Thilaiyalagan, R. Kathavarayan dan Matan.

Pada Disember 2015, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk menolak rayuan mereka.

Pembunuhan tersebut dilakukan di sebuah ladang di Banting selepas Sosilawati dan tiga pembantu hadir untuk urusan jual beli tanah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");