PARIT: Seramai hampir dua ribu pengunjung telah menghadiri Program Fit [email protected] Tengah yang berlangsung di Dataran Pekan Parit di sini hari ini.
Program tersebut merupakan kesinambungan daripada program Fit Malaysia dan ia telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Fit [email protected] Tengah dimulakan dengan acara kemuncak kayuhan yang disertai oleh pelbagai peringkat umur sejauh 35 kilometer.
Acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya, sekitar jam 7.30 pagi.
Turut hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan barisan exco kerajaan negeri.
Fit [email protected] Tengah merupakan acara kemuncak yang diadakan sempena program permukiman Menteri Besar di daerah Perak Tengah yang berlangsung bermula 7 Mac dan berakhir pada hari ini.
Sama seperti penganjuran di enam daerah sebelum ini, Fit [email protected] Tengah telah menampilkan beberapa aktiviti menarik sepanjang program itu berlangsung antaranya seperti karnival pendidikan,senamrobik dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Menteri Besar turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara berbasikal yang melibatkan jarak sejauh kira-kira 15 kilometer yang telah disempurnakan acara pelepasan oleh Datin Seri Saripah Zulkifli.
Turut berlangsung acara larian sejauh lima kilometer dan acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Exco kerajaan negeri,Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria dan Datuk Mohd Nizar Zakaria.