Perak Hari Ini

Program Permukiman Daerah Perak Tengah Dapat Sambutan Luar Jangka – DS Zambry

PARIT: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir gembira berikutan Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Perak Tengah berjaya mencapai sasarannya.

Jelas beliau, menerusi pelaksanaan 119 program yang disusun selama lima hari ia dilihat mencapai sasaran apabila sambutan rakyat juga begitu baik dalam penglibatan mereka di setiap program yang dianjurkan.

“Ia menunjukkan kemantapan hubungan yang ada antara kerajaan negeri dan rakyat.

“Kemesraan yang ditunjukkan di setiap sektor dalam kalangan kakitangan awam dan masyarakat kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan program Fit Perak@Perak Tengah di Dataran Pekan Parit hari ini.

Zambry juga menyertai kumpulan berbasikal sejauh 15 kilometer mengelilingi pekan tersebut pagi tadi.

Katanya setiap pemimpin kawasan telah turun padang melihat permasalahan yang sukar diselesaikan dengan kaedah kerjasama perkongsian perkara penting bekerjasama bersama-sama menyelesaikan masalah di Daerah Perak Tengah.

Malah jelasnya masalah banjir yang menjadi kesulitan oleh sebahagian rakyat akan diselesaikan termasuk juga permohonan yang melibatkan kerajaan persekutuan.

“Kita akan memberi keutamaan hospital dan jalan utama dan perkara asas kepada masyarakat di daerah ini,” katanya.

Tambahnya program permukiman ini juga membantu menjelaskan kekeliruan rakyat selain mewujudkan pelbagai kemudahan dan keperluan baharu buat rakyat.

Sementara itu bagi ADUN Belanja, Datuk Mohd Nizar Zakaria penganjuran permukiman di Daerah Perak Tengah berjaya mencapai sasarannya apabila ia menerima sambutan daripada rakyat juga cukup menggalakkan.

“Menteri besar telah turun sendiri meninjau pelbagai projek pembangunan dan perkembangan semasa itu jadi ia membantu kepada pembangun kawasan Daerah Perak Tengah secara keseluruhannya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");