Panasnya Hari Ini

Hak Nazri, Mahathir Untuk Debat Isu 1MDB

KUALA LUMPUR:Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa Kementerian Kewangan tidak akan menghalang sebarang penganjuran debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia berada di luar bidang kuasa kerajaan.

Memetik sumber Berita harian,ujarnya Tun Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mempunyai hak berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara.

“Menyentuh mengenai 1MDB, ia sudah dijawab secara mendalam di Parlimen. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Audit Negara pun sudah kaji dan siasat perkara itu.

“Dalam hal ini, saya tidak boleh komen secara lanjut namun menjadi hak mereka untuk berbuat demikian. Ingin saya tekankan isu ini (penganjuran debat) tidak ada mengena dengan kerajaan, ” katanya.

Terdahulu Nazri menyatakan persetujuannya untuk berdebat dengan Dr Mahathir mengenai isu 1MDB selepas beliau pulang dari luar negara esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");