Perak Hari Ini

Jadikan Koperasi Cemerlang Contoh Untuk Tingkat Hasil Pendapatan

PASIR SALAK:Kejayaan koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Bhd perlu dijadikan contoh kepada koperasi di seluruh negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, koperasi-koperasi berkenaan boleh dijadikan contoh dalam usaha meningkatkan keberhasilan daripada operasinya.

Katanya, kejayaan koperasi itu meraih tempat ke-19 daripada 100 koperasi yang mendapat lima bintang didorong oleh sistem pengurusan yang terbukti cekap dan baik.

“Koperasi ini merupakan koperasi berskala besar  mempunyai pulangan RM5 juta keatas malah ia memenuhi semua aspek  apabila menjalankan perniagaan dari segi peruncitan, stesen minyak, pemborong gas dan penjualan barangan pertukangan,” katanya.

Beliau terdahulu menghadiri majlis perasmian kedai Coophardware & Input pertanian koperasi peserta-peserta Rancangan Felcra Seberang Perak & Program permuafakatan koperasi bersama sekolah-sekolah dikawasan Felcra Seberang Perak di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sistem koperasi ini juga boleh diketengahkan menjadi model sebagai rujukan kepada koperasi lain untuk menambah hasil pendapatan buat ahlinya.

“Setakat ini bagi koperasi berskala mikro begitu tinggi iaitu sebanyak 1100 koperasi berbanding 1114 koperasi yang ada jadi koperasi Seberang Perak boleh jadikan contoh buat mereka berkembang,” katanya lagi.

Jelasnya koperasi tersebut mempunyai kepelbagaian perniagaan dan kepakaran dalam pengurusannya lantas menjadikannya di tangga pertama koperasi berskala besar yang terbaik di negeri ini.

“Koperasi ini memiliki cafe,kedai runcit, stesen minyak, projek kontrak pertanian keupayaan mengurus menjana pendapatan lebih tinggi.

“Dividen juga adalah tinggi kepada ahlinya dan di samping itu ada juga program khidmat tanggungjawab sosial yang dianjurkan pihak koperasi dengan menlibatkan sekolah-sekolah di daerah ini,” katanya.

Terdahulu beliau turut menyaksikan pemberian sumbangan oleh koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Bhd sebanyak RM30,000 kepada sekolah-sekolah terpilih ntuk meningkatkan kecermelangan modal insan yang melibatkan sekolah rendah dan menengah di Seberang Perak.

“Jarang dijalankan pemberian sumbangan oleh koperasi dan ia merupakan pendekatan oleh pihak pengurusan diluar kotak yang cukup berbeza,” katanya.

Sementara itu beliau turut mencadangkan agar pihak koperasi bertindak mewujudkan kedai harga patut disetiap bahagian daerah di negeir ini bertujuan membantu rakyat dalam menangani kenaikan harga barang dan kos sara hidup rakyat meningkat kini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");