Isu Panas

‘Jangan sengaja menangkan BN’

PUTRAJAYA:Penubuhan parti baharu akan memberi kesan kepada gabungan pembangkang sekiranya silap percaturan.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan, sekiranya sesebuah parti baharu itu bercita-cita bertanding bukan atas tiket gabungan, ia seolah-olah sengaja memberi kemenangan kepada BN.

Beberapa hari lalu, bekas Senator, Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor dan bekas ahli Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan penubuhan sebuah parti parti baharu yang memfokuskan kepada satu matlamat iaitu memerangi rasuah.

“Saya tak pasti apa sebab dia (Khairuddin) nak tubuh parti baharu, kalau dia bertanding bukan mewakili gabungan, dia seperti mensabotaj parti gabungan,” katanya pada satu sidang media, di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.

Difahamkan, parti yang diasaskan oleh Mohamed Ezam dan Khairuddin itu akan membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) dalam masa terdekat. Sejurus pengumuman itu, mereka juga menyatakan pendirian untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan, yang kini dianggotai PKR, Amanah dan Bersatu.

Khairuddin sebelum ini menafikan desas-desus yang mengaitkan tindakannya keluar Bersatu disebabkan berlaku konflik bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya pengunduran itu bagi menyelesaikan kes Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Sementara itu, berhubung cadangan Bersatu untuk membuat beberapa pembaharuan dalam gabungan pembangkang, Mahathir berkata, semua itu boleh dilaksanakan kerana apa-apa tiada larangan ke atasnya.

“Bersatu adalah anggota keempat, kita akan bertanding sebagai parti dalam Pakatan Harapan dan sebab itu perlu ada satu logo. Kita perlu pastikan rakyat kenal simbol atau logo yang digunakan,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, sekiranya, Pendaftar Pertubuhan tidak membenarkannya, Bersatu sedia bertanding atas logo sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");