Jenayah

Jumpa ganja di bilik asrama

Serdang: Tiga penuntut universiti awam di sini ditahan polis bersama 1.276 kilogram ganja di bilik asrama mereka, semalam.

Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang pada 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, semua suspek yang ditahan berusia 22 tahun.

“Bertindak atas maklumat, kami memeriksa bilik asrama mereka dan menahan tiga penuntut ini yang disyaki terbabit dengan jenayah dadah.

“Pemeriksaan menemui ganja seberat 1.276 kilogram bersama peralatan untuk menghisap ganja,” katanya memetik sumber Harian Metro Online.

Beliu berkata, semua suspek positif dadah dan ditahan reman sehingga 30 Mac ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");