Membawang Hari Ini

Zarul jatuh cinta dengan dunia lakonan

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zarul Husin, 44, mengakui seronok mendalami dunia lakonan buat kali pertama menerusi drama, Cik Serba Tahu.

Bekas vokalis kumpulan Umbrella itu berkata, walaupun penat kerana tempoh berada di lokasi penggambaran lebih lama berbanding kerja nyanyian, beliau puas dapat mencuba cabang seni baharu.

“Diakui, kali pertama cuba berlakon, ia memang memenatkan berbanding menyanyi. Namun begitu, saya seronok melakukannya walaupun sekadar menjayakan watak sampingan.

“Mungkin kerana inilah pengalaman pertama saya berlakon, jadi ia membuatkan saya teruja melakukan sesuatu yang baharu. Walaupun sedikit tertekan, saya tidak serik untuk meneruskan kerja lakonan ini,” katanya mengenai drama yang bakal disiarkan menerusi saluran berbayar mulai 27 Mac ini.

Menerusi rantaian 16 episod itu turut membabitkan Remy Ishak, Sari Yanti, Dynas Mokhtar, Iedil Putra dan Ako Mustapha.

Bercerita mengenai cabaran sepanjang berlakon di bawah arahan Shuhaimi Zulkefli, kata Zarul, beliau akui agak sukar untuknya mendapatkan keserasian dengan pelakon gandingan.

“Dalam drama terbabit, saya membawakan watak sepupu kepada Remy dan konflik mula timbul apabila karakter utama wanita mula memainkan peranan.

“Rasanya, saya masih kurang pandai dalam mendapat keserasian bersama pelakon yang digandingkan. Mujurlah Remy, Sari dan pelakon lain serta kru banyak memberi tunjuk ajar. Alhamdulillah, mereka memuji lakonan saya,” ujarnya.

Sementara itu, kata Zarul, sejak terbabit dengan Cik Serba Tahu, ada beberapa penerbit lain mula menawarkan beliau peluang sama.

Perkara itu membuatkan beliau lebih bersemangat untuk terus menapak di dunia lakonan.

Malah, bagi Zarul, karier baharu itu juga akan membuatkan peminatnya teruja apabila mereka mahu beliau melakukan sesuatu yang berbeza dalam kerjaya seninya.

“Alhamdulillah, selain sumber rezeki, saya juga menjadikan kerjaya seni lakon sebagai tapak permulaan untuk saya mengasah bakat buat tontonan peminat.

“Saya percaya, peminat juga ingin melihat pembaharuan dalam diri ini, selain menyanyi,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Pada perkembangan lain, Zarul juga sibuk mempromosikan single terbarunya yang berjudul Jangan Pernah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");