Sukan Hari Ini

Juventus akan terus buru gol

TURIN: Tonggak Juventus, Paulo Dybala menegaskan bahawa mereka tidak akan sesekali memberi peluang kepada Porto untuk bangkit menafikan kelebihan dua gol yang dimiliki pada aksi pertama di tempat lawan dalam saingan Liga Juara Juara sebelum ini.

Memetik sumber AFP, kedua-dua pasukan bertemu lagi – kali ini di gelanggang Juventus pada aksi timbal balik 16 terbaik awal pagi esok untuk menempah slot ke peringkat suku akhir.

“Melepaskan gol awal memang tiada dalam perancangan. Kami harap ia tidak berlaku tetapi jika terjadi, kami akan cuba membalas semula dan mengelak daripada bolos terlalu banyak.

“Kami turun untuk meraih kemenangan dan kekalkan gawang kami daripada dibolosi,” kata penyerang dari Argentina ini.

Sementara itu di peringkat Eropah, Juventus kekal tanpa kalah dalam 20 perlawanan berturut-turut dan kelab gergasi Itali dijangka akan dapat melayakkan ke suku akhir pada musim ini.

Menerusi kejayaan Bayern Munich menyingkirkan Arsenal 10-2 secara agregat dan Real Madrid menang ke atas Napoli 3-2, jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri cukup berhati-hati dalam saingan timbal balik ini .

Allegri yang pernah membawa pasukan melangkah ke final 2015 – musim pertamanya mengambil alih tugas menyifatkan masih terlalu awal untuk bercakap mengenai final ataupun keraian.

“Ia akan berlangsung sengit,” kata Allegri.

“Kami harus turun ke perlawanan ini untuk raih kemenangan,” katanya gagal menjulang piala Liga Juara Juara 2015 selepas tewas kepada Barcelona, 3-1.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");