Perak Hari Ini

Karnival Kerjaya tawar 3,000 peluang pekerjaan

IPOH:Lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan sempena Karnival Kerjaya dan Pendidikan Negara 2017 yang akan berlangsung selama dua hari bermula 25 Mac ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaluddin berkata program anjuran MBM bersama Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Daerah Kerian dan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) itu merupakan inisiatif untuk membantu golongan belia yang ingin mencari pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka.

Katanya, 30 syarikat dan institusi pendidikan lanjutan daripada agensi kerajaan dan swasta telah mengesahkan penyertaan dalam karnival yang bertempat di Dataran Alamanda Parit Buntar, Perak.

“Golongan belia boleh mendapatkan informasi mengenai inisiatif kerajaan membantu mereka dalam pelbagai bidang, termasuk keusahawanan dan peluang perniagaan.

“Bagi golongan belia yang berhasrat melanjutkan pengajian bermula dari peringkat sijil hingga ijazah, sebanyak 30 institut pengajian tinggi, kolej kemahiran, institut latihan perindustrian turut menyertai karnival ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, pelbagai pengisian disediakan kepada para pengunjung seperti forum mengenai peluang-peluang pekerjaan dan pelaburan, sesi perkongsian kemahiran kerjaya, sesi motivasi diri dan persediaan menghadapi temuduga, program kerohanian bual bicara dan sesi ‘TN50 Talk’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");