Sukan Hari Ini

Cedera buat Jones diketepi

DORTMUND: Pertahanan Manchester United, Phil Jones, tersisih daripada skuad England untuk aksi antarabangsa menentang Jerman dan Lithuania berikutan kecederaan yang dialaminya ketika sesi latihan.

Pengendali England, Gareth Southgate, turut mengesahkan Gary Cahill akan menggalas tugas selaku kapten ketika aksi persahabatan dengan Jerman, awal pagi esok manakala kedudukan Raheem Sterling belum terjamin selepas mengharungi minggu yang padat bersama Manchester City.

Memetik sumber Reuters, Jones yang memiliki 20 kap bersama England, dihantar pulang ke kelabnya untuk menjalani rawatan kecederaan kaki yang dialaminya dan ujian lanjut perlu dilakukan bagi mengetahui tahap kecederaannya.

“Kami tidak tahu (tahap kecederaan),” kata Southgate.

“Ia akan dapat diketahui selepas ujian imbasan atau X-ray dilakukan.” Southgate berkata, keputusan mengenai kedudukan Sterling hanya akan dibuat sebelum aksi menentang Jerman.

“Kami perlu menilai keadaannya. Dia mengharungi minggu yang padat. Kami perlu imbangi apa yang betul untuk aksi ini dan perlawanan seterusnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");