Perak Hari Ini

“Kenapa saya tak boleh,Tun M Boleh”- Nazri Aziz

KUALA KANGSAR:Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan keputusan pihak Polis yang menolak permohonan perbahasan antara beliau dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),Tun Dr. Mahathir Mohamad dimana ia sepatutnya berlangsung hari ini.

Penolakan permohonan itu sekaligus menyebabkan ia ditunda ke tarikh baru iaitu pada 7 April ini dan lokasinya pula bertukar ke Shah Alam.

Nazri turut mempersoalkan keputusan pihak Polis apabila membenarkan Tun Mahathir menganjurkan Bicara Rakyat Bersatu Batu 29 di Jalan Kota Lama Kiri di Kuala Kangsar pada jam 8.30 malam ini.

“Ia menghairankan saya apabila polis membenarkan Tun Mahathir mengadakan ceramah dikawasan Parlimen yang saya wakili dan tidak membenarkan saya membuat perdebatan pula,” katanya dalam satu sidang di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar di sini hari ini.

Tambahnya lagi,lokasi pengajuran perbahasan itu jauh lebih selamat berbanding perganjuran program PPBM yang disifatkan begitu terbuka dan bahaya.

“Program Tun Polis bagi tetapi program saya polis tak bagi  walaupun kawasan parlimen yang diwakili saya hampir 22 tahun.

“Tempat yang dicadangkan di dewan sekolah malah dijalankan pada waktu siang hari bukan mengganggu pelajar kerana sekarang waktu bercuti

“Berbeza dengan lokasi pengajuran Tun Mahathir dengan padang yang kecil berhampiran rumah penduduk malah terus ke jalan raya ternyata lebih bahaya,” katanya.

Malah Nazri turut merasakan dirinya seolah seperti dipihak pembangkang manakala Tun Mahathir masih sperti ‘Perdana Menteri’.

“Mungkin pihak berkuasa silap saya menteri dan dikawasan Parlimen saya tapi saya merasa hairan mengapa tidak dibenarkan untuk menganjurkan perbahasan tersebut.

“Mungkin saya boleh menghasut dan membuat rusuhan..ini bukan perhimpunan aman ini adalah perjumpaan dan ia hanya perlu memaklumkan kepada pihak Polis sahaja sepatutnya,” katanya.

Beliau terdahulu tetap hadir ke perkarangan MRSM Kuala Kangsar iaitu lokasi awal penganjuran perbahasan itu untuk menantikan kehadiran bekas Perdana Menteri tersebut.

Ujarnya ia adalah tanda protes secara diam kerana tidak diberikan permit perbahasan pada hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");