Jenayah

Kenderaan berat guna laluan terhad berdepan tindakan tegas

KUALA LUMPUR 23 Mac – Pihak penguat kuasa tidak lagi berkompromi malah mengenakan saman terhadap pemandu kenderaan berat yang masih tidak menghiraukan laluan waktu terhad di sekitar ibu negara biarpun peringatan telah diberikan berulang kali.

Memetik sumber Utusan Online, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kula Lumpur, Superintenden Ahmad Adnan Basri berkata, tindakan tegas itu dilakukan susulan laporan kemalangan maut melibatkan pengguna motosikal dan kenderaan pada waktu puncak di ibu negara.

“Setakat Januari hingga kini kita telah menerima empat kes kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dan kenderaan berat di ibu negara.

“Sepatutnya kes ini boleh dielakkan sekiranya kenderaan berat ini mematuhi laluan waktu terhad yang telah ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");