Isu Panas

Khairuddin Ambil Inisiatif Jumpa Asri

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan beliau akan terus mengambil inisiatif bertemu dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Komitmen itu dinyatakan Khairuddin walaupun Asri menolak untuk berdebat dengan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS itu, sebaliknya hanya bersedia berbuat demikian dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“PAS mahu pindaan Akta 355 disokong dan didukung oleh semua pihak. Untuk itu PAS mengambil langkah membuat penerangan dan penjelasan kepada pelbagai pihak menerusi forum dan wacana ilmu sama ada secara terbuka atau tertutup.

“Saya akan ambil inisiatif bertemu dengan Mufti Perlis bagi menjelaskan pendirian PAS dan untuk melihat titik bersama dalam isu ini bagi kebaikan ummah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, lapor Berita Harian.

Reaksi Asri itu menyusul selepas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff menyarankan debat itu hanya sesuai diadakan antara Asri dan Khairuddin.

Isu debat ini timbul selepas kritikan Asri terhadap usul berkenaan yang kemudiannya dibidas Khairuddin dalam ceramahnya baru-baru ini, dengan mengatakan jika ada mufti yang berkata pindaan akta itu tidak wajib, kepalanya patut disekeh.

Sementara itu, ditanya sama ada Hadi perlu melayan tuntutan Asri, Khairuddin berkata pimpinan PAS boleh mengambil tanggungjawab berbincang dan berdiskusi dengan mana-mana pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");