Perak Hari Ini

Kutip Sampah: MB Perak Terbuka Dikritik

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersikap terbuka dan menerima sebarang kritikan berhubung tindakannya mengutip sampah sarap dalam kempen ‘Perak Yang Bersih’ sekitar bandaraya Ipoh hari ini.

Malah jelasnya, kempen ‘Perak Yang Bersih’ yang merupakan cetusan ideanya itu tidak sepatutnya dijadikan isu politik kerana ia berkaitan dengan kepentingan rakyat.

“Ia bukan permainan politik malah jika ada pihak yang mengatakan sedemikian hanya kerana menggunakan perkataan ‘bersih’..tetapi perkataan bersih adalah hak untuk semua bahawa ia tidak kaitan dengan permainan politik jangan ada usaha menjurus kepada kepentingan tertentu,” tegasnya.

Malah jelasnya semua pihak bebas melontarkan kritikan dan menyifatkan tindakannya itu sebagai satu publisiti murahan.

“Mereka boleh bebas berkata-kata yang paling penting menanamkan sikap menjaga kebersihan dan memberikan motivasi terhadap pekerja yang menjaga kebersihan supaya bangga dengan kerja masing-masing,” katanya.

Jelasnya lagi, tindakannya itu sekadar ingin memberi motivasi dan contoh teladan kepada semua.

“Ada pihak tidak senang  tetapi bagi saya, biar si luncai terjun dengan labunya kerana ini bukan politik tetapi akiviti rakyat untuk melihat Ipoh yang bersih,” katanya.

Terdahulu beliau melancarkan kempen tersebut di Padang Ipoh sekitar jam 8.45 pagi tadi yang turut dijalankan serentak di seluruh negeri ini.

Turut serta Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man.

Beliau terdahulu turun padang mengutip sampah bersama-sama warga bandaraya Ipoh sekitar jam 7.45 pagi tadi di beberapa kawasan seperti Medan Kidd, Dataran Keretapi Ipoh dan Padang Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");