Perak Hari Ini

Perak Mahu Jadi Negeri Terbersih

IPOH:Kempen ‘Perak Yang Bersih’ merupakan antara usaha kerajaan Perak untuk menerapkan budaya menjaga kebersihan dikalangan rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata penganjuran kempen ini tidak hanya akan terhenti pada hari ini sebaliknya ia akan tetap diteruskan setiap bulan.

Terdahulu beliau melancarkan kempen tersebut di Padang Ipoh sekitar jam 8.45 pagi tadi.

Turut serta Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man.

Menerusi kempen itu, Zambry mengambil initiatif dengan turun padang mengutip sampah bersama-sama warga bandaraya Ipoh sekitar jam 7.45 pagi tadi di beberapa kawasan seperti Medan Kidd, Dataran Keretapi dan Padang Ipoh.

“Saya bersyukur kerana hari ini melancarkan ‘Perak Yang Bersih’ mendapat sokongan dan maklumbalas yang baik daripada rakyat negeri ini.

“Ia juga dijalankan serentak di seluruh negeri ini malah melibatkan puluhan ribu rakyat dan kerjasama pelbagai agensi,” katanya.

Zambry dalam masa yang sama turut menafikan kemben berkenaan dianjurkan dengan tujuan politik tetapi adalah untuk memastikan sebuah negeri yang bersih.

“Di setiap daerah ada program mingguan dan bulanan hingga terbentuk satu sikap amalan kebersihan di setiap kawasan

“Kita mahukan Bandaraya yang lebih bersih dan akan menjadi negeri yang terbersih di negara kita,” katanya.

Tambahnya lagi,usaha ini adalah membina budaya masyarakat menjaga kebersihan sekaligus membina sebuah negeri yang bersih.

“Timbulnya idea kempen ini apabila saya melihat susana sekeliling bagaimanapun ia bukan sesuatu yang baru kerana saya telah meninjau pelbagai kawasan bukan hanya di Ipoh.

“Masalah denggi juga merupakan salah satu penyebab berikutan masalah sampah,”katanya.

Tambah Zambry lagi Bandaraya Ipoh tidak berhadapan dengan masalah kebersihan yang kronik namun menerapkan kesedaran itu adalah perlu.

“Saya telah melakukan tinjauan kebersihan di beberapa tempat di setiap kawasan malah ia bukan pertama kali tapi sudah dilakukan sejak bertahun-tahun,” katanya mengulas tindakannya mengutip sampah di sekitar Bandaraya Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");