Sukan Hari Ini

Lantik Zainal: Saya pun tak dapat apa-apa makluman lagi

BELUM ada sebarang tawaran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) bagi mendapatkan khidmat bekas pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan.

Perkara itu dijelaskan sendiri Zainal sambil menjelaskan perkara berkenaan hanya khabar angin semata-mata.

Nama Zainal dikaitkan sebagai pengendali baharu Harimau Kumbang selepas kontrak Ashley Westwood ditamatkan susulan prestasi buruk pasukan itu dalam saingan Liga Super, musim ini.

Selain Zainal, jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah, K Devan, Datuk K Rajagobal dan bekas import Maghribi, Merzagua Abderrazak turut menjadi pilihan penyokong untuk membawa Pulau Pinang keluar daripada zon penyingkiran.

“Cerita-cerita khabar angin dari blog atau Facebook, jangan percayalah.

“Saya pun tak dapat apa-apa makluman lagi dan tak boleh nak cakap apa-apa,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Ditanya adakah beliau bersedia menerima jawatan tersebut sekiranya ditawarkan, Zainal enggan mengulas lanjut.

“Saya tak nak fikir apa-apa buat masa sekarang. Semua orang pun tahu masalah saya dengan Selangor pun belum selesai lagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");