Jenayah

Lelaki disyaki bunuh janda disambung reman

IPOH:Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman seorang lelaki berusia 34 tahun,kepada tujuh hari lagi selepas dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang janda di Taman Datuk Lew Yap Sip di sini 13 Mac lalu.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, N. Mageswari dalam prosiding di sini pagi ini.

Memetik sumber Utusan Online, lelaki tersebut dibawa ke mahkamah pada pukul 10.35 pagi oleh pihak polis bagi membolehkan permohonan reman tambahan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 14 Mac sehingga hari ini.

Pada 13 Mac lalu, seorang wanita, Hamidah Abdul Rahman,53, ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman di atas katil bilik tidur utama di sebuah rumah di Taman Dato’ Lew Yap Sip di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");