Membawang Hari Ini

Luqman syukur dikelilingi orang baik

LEBIH setahun berada dalam dunia hiburan, perjalanan Luqman Hafidz bukan sahaja sebagai pelakon malah berpeluang menjadi pengacara dan duta produk.

Bermula sebagai pelakon di dalam filem Ola Bola, dia terus memacu dalam industri ini dan kini rezeki pemilik nama sebenar, Muhd Luqman Hafidz, 26, semakin cerah dan bakatnya mula menyinar.

“Melihat perjalanan karier saya dalam tempoh ini, apa yang saya boleh dikatakan, saya berjumpa dengan ramai orang baik dan dari situ banyak juga yang dipelajari.

“Bertemu dengan pengarah dan pelakon yang sudah berpengalaman, mereka tidak lokek berkongsi ilmu. Begitu juga timba pengalaman bekerja dengan orang baru seangkatan seperti saya, jadi kami akan sama-sama belajar.

“Oleh itu saya bersyukur kerana dikelilingi dengan mereka,” ujarnya jujur.

Mengakui dirinya sebagai pendatang baru, Luqman tidak terlepas menerima kritikan. Namun baginya, dia melihat siapa yang memberi kritikan tersebut.

“Saya lebih pentingkan nasihat dan pandangan daripada individu dalam industri kerana mereka lebih berpengalaman.

“Saya bukan tidak respek dengan pandangan penonton, tapi kalau kita nak berikan pendapat, biarlah orang itu ada ilmu.

“Contohnya, baru-baru ini saya berjumpa dengan Fauziah Ahmad Daud. Katanya lakonan saya nampak segar cuma mungkin ada satu atau dua babak di mana saya kelihatan janggal. Komen seperti itu yang saya mahukan.

“Saya akui saya masih lagi dalam proses pembelajaran. Jadi saya pentingkan respons mereka yang turut berada di dalam industri ini sebab mereka lebih berpengetahuan dan berpengalaman,” katanya.

Tanpa pengurus

Sebagai orang baru, untuk memudahkan langkah dalam bidang seni kebiasaannya perlukan pengurus namun tidak bagi Luqman yang selesa bergerak sendiri.

“Dalam tempoh setahun ini juga saya bergerak sendiri tanpa pengurus sebab saya mahu belajar berdikari dan alhamdulillah buat masa ini saya masih lagi boleh susun atur jadual saya.

“Saya sebenarnya mengambil contoh seperti mana senior yang tetap berjaya walaupun tanpa bantuan pengurus.

“Pun begitu, kemungkinan pada pertengahan tahun ini saya akan pertimbangkan untuk sertai mana-mana pengurusan. Saya tak adalah nak tutup terus sampai tak ada orang yang uruskan saya. Cuma syukur setakat ini segalanya berjalan lancar,” katanya memetik sumber sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");