Membawang Hari Ini

Maya Karin, teman lelaki berpisah selepas enam bulan bercinta

Selepas berkenalan lebih enam bulan bersama seorang jejaka dari luar negara, pelakon Maya Karin mengakui hubungan mereka kini sudah berakhir.

Kata Maya, 37, punca perpisahan mereka kerana kurang keserasian antara mereka yang menyebabkan dia sendiri memutuskan untuk menamatkan hubungan tersebut.

“Dia hanya serasi untuk enam bulan, tidak cukup untuk seumur hidup saya. Memang benar tahun lalu saya ada berkenalan dengan seseorang namun apabila kembali ke Malaysia saya rasakan hubungan jarak jauh kami tidak akan berjaya.

“Jadi saya fikir langkah terbaik yang boleh saya lakukan adalah kembali fokus kepada kerjaya,” katanya memetik sumber Astro gempak.

Bagaimanapun, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu tidak serik untuk menjalinkan hubungan cinta lagi selepas beberapa kali episod cintanya musnah.

“Saya tidak pernah serik. Jika ditanya tentang kriteria jejaka idaman saya mestilah tinggi lampai, kelakar, cerdik, adventurous, mengambil berat dan pandai menjaga hati. Kalau boleh bercakap bahasa Inggeris itu adalah bonus,” tambahnya.

Malah sebelum ini juga, pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-49 itu pernah mendidikan rumah tangga bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada tahun 2008 namun malangnya berakhir dua tahun kemudiannya.

Dalam perkembangan lain, Maya bakal muncul ke layar perak menerusi filem seram Islamik, Munafik 2 yang akan memulakan penggambaran pada 20 Mac depan. Menerusi filem arahan Syamsul Yusof itu, Maya diberikan tanggungjawab menggalas peranan utama di samping Syamsul, Mawi dan seorang pelakon dari Indonesia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");