Perak Hari Ini

MBI Lancar Stesen Radio PBT Pertama di Perak

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merupakan  Pihak Berkuasa Tempatan pertama di negeri Perak yang mewujudkan siaran radio dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada wargakota Ipoh.

Radio MBI, telah beroperasi sejak Jun 2016 lalu bagi mendekatkan hubungan secara langsung dan tanpa sempadan dengan wargakota Ipoh.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, Radio MBI adalah satu medium tambahan khusus kepada warga Bandaraya Ipoh berkongsi pandangan dan idea dengan pihak MBI.

“Mereka boleh berkongsi idea menjadikan Ipoh sebagai lokasi yang menarik untuk dikunjungi menggunakan medium radio dan kita juga PBT pertama melaksanakan radio sendiri,” katanya dalam satu sidang media sejurus mempengerusikan Mesyuarat penuh Majlis bagi bulan Mac.

Tambahnya ia peluang untuk berinteraksi dengan pihak MBI untuk mempertingkatkan keindahan dan sistem penyampaian perkhidmatannya.

Wargakota Ipoh berpeluang mendengar Radio MBI dengan cara melayari laman web MBI, www.mbi.gov.my, radio.mbi.gov.my atau memuat turun aplikasi mudah alih Radio MBI di Goggle Play dan App Store.

Pelbagai rancangan telah disiarkan menerusi Radio MBI seperti Teh Tarik Roti Canai, Hello Ipoh, Santai Petang dan Relax Jom dari hari Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

Terdapat 5 penyampai radio iaitu DJ Iz, DJ Shah, DJ Elly, DJ Fazz dan DJ Nizam dan penyampai TV, VJ Nana yang diuruskan oleh Penerbit, DJ Riz.

Radio MBI diharap mampu memberi lebih banyak platform dan pilihan untuk menjalinkan kerjasama yang positif dengan wargakota Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");