Perak Hari Ini

Orang Ramai Dijemput Sertai Kempen Perak Yang Bersih Esok

IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengalakkan penyertaan orang ramai termasuk agensi kerajaan dan swasta bagi memeriahkan “Kempen Perak Yang Bersih” yang bakal berlangsung serentak di seluruh negeri ini pada pagi esok.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man selaku urus setia kempen meemberitahu bahawa MBI akan membantu kelancaran aktiviti pembersihan yang melibatkan 16 zon utama.

“Program ini bakal bermula pada jam 7.45 pagi sehingga jam 9.45 pagi yang melibatkan aktiviti pembersihan sekitar bandaraya Ipoh.

“Ia melibatkan beberapa lokasi iaitu Dataran Stesen Keretapi Ipoh, Medan Kidd, Jejak Warisan Pekan Lama dan Masjid Lama,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi, majlis pelancaran kempen berlangsung di perkarangan Bangunan Ipoh Tourist Information Centre (ITIC) di Padang Ipoh.

Malah dianggarkan sekitar 10,000 orang bakal turut serta dalam kempen ini iaitu daripada pelajar sekolah, agensi kerajaan, swasta da badan bukan kerajaan.

Tambahnya lagi ia bakal dijalankan secara menyeluruh hasil cetusan idea Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Jelas Zamri lagi kempen ini tidak terhenti setakat ini sahaja malah ia akan terus dijalankan secara berkala sehingga Disember ini mengikut tema yang ditetapkan Kerajaan negeri.

Beliau terdahulu turut menyampaikan sijil kepada 173 pekerja MBI pada Majlis penyerahan Anugerah khidmat cemerlang 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");