Perak Hari Ini

MBI Mahu Jadi PBT Terbaik Di Malaysia

IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) perlu menyahut cabaran kerajaan negeri untuk menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik di negara ini, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Jelasnya lagi, cabaran itu adalah sebagai pembakar semangat kepada pihak MBI untuk terus maju dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua.

“Kita mahu menjadi PBT terbaik peringkat kebangsaan dan ia adalah satu cabaran baru yang perlu diletakkan selain meneruskan visi dan misi untuk menjadikan bandaraya Ipoh hijau dan maju,” katanya.

Ujarnya, lagi peranan media juga sama penting dalam membantu MBI untuk menyampaikan maklumat kepada umum.

“Peranan rakan media juga penting supaya dapat membantu menyampaikan berita yang pastinya memberi impak kepada MBI,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis ramah mesra bersama para pengamal media di sini hari ini.

Jelasnya lagi,pelbagai pendekatan digunakan pihak MBI termasuklah penyediaan kaunter 1Serve yang bakal dilancarkan pada penghujung Mac ini.

Terdahulu turut berlangsung sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik khusus buat para pengamal media.

Majlis tersebut dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan MBI dan juga pengamal media di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");