Perak Hari Ini

Pemuda UMNO Perak Yakin Raih Sokongan Pengundi Muda

LUMUT: Pemuda UMNO Negeri Perak yakin mampu untuk meraih 80 peratus sokongan daripada pengundi muda pada pilihanraya umum ke-14 kelak.

Menurut Ketuanya, Khairul Azwan Harun, jentera Pemuda telah mengenalpasti senarai pengundi muda yang telah berdaftar termasuk ahli -ahli dikalangan Barisan Nasional (BN) dan parti komponen yang masih belum berdaftar.

Jelasnya bagi peringkat negeri, sebanyak lebih 80,000 pengundi melibatkan pengundi yang pertama kali mengundi bagi pilihanraya ke-14 dan sekitar 40,000 ahli pemuda UMNO yang masih belum berdaftar untuk suku kedua tahun 2016.

“Ia melibatkan semua kaum iaitu pengundi pertama dan kita yakin dengan segmen yang diperkenalkan oleh BN pasti lebih 80 peratus akan memberikan sokongan,” katanya ketika ditemui pada program Retreat Pemuda BN Perak di sini hari ini.

Jelasnya lagi, setakat ini pemuda sudah mengenalpasti latarbelakang dan lokasi pengundi malah sedang berusaha untuk mendekati mereka.

Tambahnya lagi, pemuda Perak bakal menggunakan pendekatan yang dikenali sebagai ‘Anak Muda Nadi BN’ atau singkatan ‘Aman BN’ yang bakal dilancarkan kelak.

Pendekatan itu bakal menggunakan 5 segmen kluster melibatkan kos sara hidup,pendidikan dan perumahan yang akan dilancarkan untuk sasaran kumpulan anak muda.

“Pimpinan pemuda juga disaran untuk segera menyediakan jentera bagi berinteraksi secara dekat dengan jentera parti yang ada terutama di 40 kerusi sasaran BN perak,” katanya.

Mengulas mengenai nama calon untuk pilihanraya jelas Azwan Pemuda tidak meletakkam sasaran seberapa banyak calon muda yang akan diketengahkan bagaimanapun akan terus mengangkat individu yang berkualiti supaya dipertimbangkan pucuk pimpinan tertinggi.

“Calon itu tidak kira mereka datang dari pimpin sedia ada atau pimpinan belia profesional muda pelbagai kaum dan latar belakang kerana pucuk pimpinan parti boleh ketengahkan pimpinan muda yang mempunyai kualiti dan imej bagi meneruskan legasi pentadbiran kerajaan sedia ada,” katanya.

Malah beliau turut menegaskan tidak akan ada calon ‘bidan terjun’ untuk pilihanraya kali ini berikutan pendekatan yang lebih tersusun penilaian calon yang bakal bertanding kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");