Perak Hari Ini

Penyertaan PPBM Dalam Pakatan Harapan Disambut Baik

IPOH:Pemuda AMANAH Nasional menyambut baik hasrat dan pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menyertai gabungan Pakatan Harapan.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional Mohd Sany Hamzan, berkata sejak awal lagi pimpinan Pakatan Harapan telah mengalu-alukan parti baharu itu untuk bersama dalam gabungan pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional.

“Pendirian terbaru PPBM ini adalah satu perkembangan yang sangat positif ke arah mengukuhkan kesatuan, kebersamaan dan kekuatan jentera keempat-empat parti.

“Ini akan memudahkan lagi perancangan gerak kerja bersama di semua peringkat sama ada di nasional mahupun di peringkat bawahan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Malah jelasnya kemasukan PPBM ke dalam Pakatan Harapan sudah pasti diterima baik oleh masyarakat yang turut berharap parti-parti pembangkang dapat mewujudkan kerjasama yang kukuh.

“Ia juga merupakan satu berita duka kepada Barisan Nasional yang sebelum ini sering berusaha memecahkan kesatuan pembangkang.

“Kini sudah tiba masanya untuk AMANAH, Keadilan, DAP dan PPBM bergerak seiring dengan lebih meyakinkan dalam membawa harapan rakyat untuk melihat satu perubahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");