Perak Hari Ini

Perak Bakal Jadi Pusat Pengeluaran Nenas Negara

KAMPUNG GAJAH:Perak bakal menjadi pusat pengeluaran nenas negara bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap produk itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata, inisiatif itu dianggap satu keperluan berikutan pengeluaran di Johor masih belum mampu menampung pasaran domestik dan luar negara.

“Permintaannya terlalu tinggi dan pengeluaran yang ada sekarang masih tidak mencukupi untuk dieksport hingga ke Negara China,” katanya.

Malah jelasnya setakat inicuma terdapat sekitar 150 ekar Tanah rancangan berkelompok (RTK) di kawasan ini berbanding tiga ribu ekar yang disasarkan oleh pihak Lembaga Nenas.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke ladang RTK nenas seluas 20 ekar di Redang Lang Ling Telok Sareh di sini hari ini.

Ujarnya, tanaman nenas dijadikan tanaman sampingan dalam tempoh masa pembesaran tanaman sawit di sekitarnya yang mengambil masa selama dua tahun untuk memperolehi hasil.

“Ia boleh menjadi peluang baru buat usahawan tani dengan tanaman ini dan sebagai permulaan melibatkan 10 usahawan pada peringkat permulaan dan berpontesi untuk berkembang kepada pasaran lebih luas berpandukan projek pertama ini,” katanya.

Tambahnya penanaman nenas jenis MD2 merupakan nenas yang berkualiti seperti yang terdapat di Johor untuk tujuan pasaran eksport juga mempunyai permintaan yang tinggi.

“Apabila ia dimulakan jika ramai usahawan dan petani yang berminat membangunkan rancangan tanah berkelompok akan dikembangkan kelak.

“Usahawan perlu diberi dorongan dan motivasi menjadikan penanaman nanas yang mampu memberikan hasil baik serta pendapatan yang lumayan.

Harga pasaran nenas jenis MD2 bermula pada harga pasaran RM 2.80 hingga RM 10 bagi sekilogram.

Pertanian RTK Kampung Gajah melibatkan kerjasama Pertubuhan Perladangan Kawasan (PPK) selaku pemaju yang memberi peluang kepada usahawan tani untuk mengusahakan sekitar 450 ekar ladang di sekitar ladang Lang Ling di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");