Panasnya Hari Ini

Perlu Ada Akta Baru, Banteras Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Ds Rosmah

Penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan penganjuran Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!! dilaksanakan bersesuaian dengan keadaan sekarang berikutan penambahan jumlah kes yang semakin meruncing

Rosmah ketika berucap menyatakan setakat Oktober 2016, lebih 12 ribu kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak telah dilaporkan, namun ia hanyalah sebahagian kecil daripada keadaan sebenar.

Katanya lagi, adalah menjadi matlamat PERMATA menerusi seminar ini untuk memberi kesedaran akan perlunya akta baru bagi menangani jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak.

“Kes-kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dilihat semakin meruncing dan ia agak merisaukan apatah lagi setelah Negara kita dikejutkan dengan penangkapan pelaku Pedophillia baru-baru ini.

“Walaupun kes semakin bertambah namun ia hanyalah sebahagian kecil sahaja berikutan kebanyakkan ibu bapa mangsa tidak membuat laporan kerana ia melibatkan kanak-kanak.

“Saya merasakan masalah ini akan menjadi lebih serius sekiranya ia tidak dibendung,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan !!! di PWTC, hari ini.

Jelas beliau lagi, PERMATA mengambil langkah menjalin kerjasama dengan kementerian berkaitan bagi memberi dan mendapatkan input-input dalam usaha membanteras jenayah berkenaan.

Katanya, apa yang dilihat kini adalah kerana kurangnya pendedahan berkaitan jenayah berkenaan dan sejauhmana ia memberi kesan buruk kepada anak-anak.

“Sudah tiba masanya kita berganding bahu untuk memerangi jenayah ini kerana jika dibiarkan ia mungkin akan berleluasa di masa akan datang.

“Seminar ini adalah antara platform kita untuk meningkatkan kesedaran selain bagi mendapatkan komitmen daripada semua pihak,” katanya lagi.

Justeru, Rosmah menyeru semua pihak agar lebih tegas serta prihatin dengan keadaan sekeliling dalam usaha untuk memastikan jenayah ini berkurangan.

Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan !!! yang berlangsung selama dua hari di PWTC ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najid Tun Razak.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi serta Bekas Presiden Indonesia, Diah Permata megawati Setiawati Soekarnoputri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");