Isu Panas

Pintu rundingan PAS-PPBM tertutup – Mohd Amar

KOTA BHARU: PAS mengesahkan pintu rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah tertutup selepas parti berkenaan secara rasmi menyertai pakatan pembangkang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata, segala rundingan dan perbincangan yang diadakan sebelum ini juga dianggap terbatal.

Pada masa sama, PAS tidak akan mengadakan sebarang perbincangan atau kerjasama selepas ini kerana ia menjadi dasar parti yang tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara.

“Jika sebelum ini kita mengadakan beberapa kali perbincangan dengan PPBM kerana parti itu belum menyertai pakatan pembangkang. Sekarang, sudah rasmi PPBM bersama DAP dan Parti Amanah Negara.

“Justeru, PAS menganggap pintu rundingan dengan parti berkenaan secara automatiknya tertutup dan tidak mungkin akan ada sebarang kerjasama selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

PPBM kini ahli terbaharu dalam pakatan pembangkang, selepas gabungan itu secara rasmi menerima kemasukan parti itu semalam.

Keputusan itu dicapai oleh majlis gabungan presiden, yang sebulat suara menerima permohonan PPBM untuk menjadi ahli pakatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");