Sukan Hari Ini

Terbuka British: Nafiizwan, Ivan alami nasib berbeza

DUA pemain lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan dan Ivan Yuen mengalami nasib berbeza pada perlawanan kelayakan pertama kejohanan skuasy Terbuka British, semalam.

Mohd Nafiizwan yang juga pemain utama negara, mara ke perlawanan kelayakan terakhir selepas menewaskan Bradley Masters dari England 8-11, 11-7, 11-3, 11-4 pada kejohanan yang diadakan di Universiti Hull.

Menurut laman web kejohanan www.britishopensquash.com, beliau akan berdepan seorang lagi pemain England, Adrian Waller yang menewaskan rakan senegaranya, Patrick Rooney 11-6, 8-11, 11-3, 11-2 dalam satu lagi aksi pusingan kelayakan.

Ivan, bagaimanapun, tersingkir daripada kejohanan selepas tewas kepada pemain Perancis, Gregoire Marche 11-9, 7-11, 11-7, 4-11, 2-11.

Sementara itu, ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang juga juara lima kali kejohanan akan membuka kempennya menentang Olivia Blatchford dari Amerika Syarikat di pusingan pertama esok. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");